Tuesday 20 September 2011

PENJANAAN ICT OLEH KPM


Kepentingan penguasaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam abad ke 21 tidak dapat dinafikan lagi. Pelbagai usaha telah dijalankan untuk meningkatkan kemahiran ICT dan memaksimakan penggunaannya dalam mentransformasikan masyarakat Malaysia kepada masyarakat bermaklumat (knowledge based society). Kewujudan tujuh aplikasi perdana dalam projek Multimedia Super Corridor (MSC) menunjukkan kesungguhan kerajaan untuk menempatkan Malaysia dalam hubungan global antara negara-negara maju di dunia. Sekolah bestari telah dibangunkan sebagai satu daripada tujuh aplikasi perdana projek MSC. Sekolah bestari merupakan pemangkin bagi menambahbaik sistem pendidikan negara melalui penerapan kemahiran ICT kepada murid-murid (Kementerian Pelajaran Malaysia, 1997). Idea mewujudkan sekolah bestari dan penekanan kepada ICT di sekolah bukan satu perkara yang baru. Tanya berurutan daripada projek rintis literasi komputer pada tahun 1986 yang mana Kementerian Pelajaran telah menubuhkan jawatankuasa kerjasama dengan MIMOS. Kementerian Pelajaran terus melakukan penambahbaikan berterusan dalam mengukuhkan kemahiran ICT murid-murid dengan meneruskan projek seperti Pusat Sumber Ilmu, Jaringan Pendidikan, Pusat Sumber Elektronik serta projek Sekolah Bestari (Lee, 2000). Pada tahun 1999, sebanyak 88 buah sekolah bestari telah dijadikan sekolah rintis dengan dilengkapi infrastruktur teknologi (mengikut gred sekolah), bahan pengajaran dan pembelajaran, sistem pengurusan sekolah bestari dan sistem penilaian. Kementerian Pelajaran terus memantapkan projek pembangunan ICT di sekolah beasaskan kepada tiga polisi utama:

1.      Literasi dan capaian ICT kepada semua murid.
2.      Peranan ICT dalam kurikulum dan ICT sebagai alat pembelajaran.
3.   Peranan ICT dalam meningkatkan produktiviti, keberkesanan dan kecekapan sistem pengurusan.

Cabaran utama bagi sekolah bukan hanya penggunaan teknologi tetapi proses inovasi menggunakan ICT yang memerlukan sokongan kewangan dan juga latihan kepada sekolah serta kerjasama erat antara guru dan pemimpin sekolah bagi memastikan kejayaan implementasi ICT di sekolah.

No comments:

Post a Comment