Monday 25 June 2012

AKTIVITI JEJAK PPDa


SK. PEREMPUAN BANDAR, KLUANG.
 AKTIVITI PUSAT SUMBER SEKOLAH.

TEMA                                    :  PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH
 
AKTIVITI                              :  Jejak PPDa
 
MATLAMAT                         :  Ke arah Sekolah Bebas Dadah 2012

OBJEKTIF                             :  1. Meningkatkan kesedaran akan bahaya dadah dalam
                                                        kalangan murid.

                                                    2. Memperluas dan memperkaya aktiviti PPDa agar
                                                       merentasi kurikulum dan kokurikulum.

                                                     3. Meningkatkan kreativiti  dan semangat setiakawan.

                                                     4. Membina budaya ilmu dan kemahiran menjejak
                                                         maklumat.

                                                      5. Membina budaya hidup sihat dalam kalangan murid.


SASARAN                             :   Semua murid Tahap 1 dan 2

TARIKH & MASA                :    23  Mei , 2012
                                                      12.05 Hingga 1.05 petang
                                                       ( Waktu kegiatan kokurikulum )

BAHAN                                 :   Pusat Sumber Sekolah
                                                   Alat tulis & Kertas

 SUMBER TENAGA              :   Guru-guru penasihat kelab & persatuan dalam             
                                                       unit kokurikulum.
             
STRATEGI PELAKSANAAN  :      1.  Perbincangan dengan pihak pengurusan
2.      Pembentukan Jawatankuasa
3.      Pelaksanaan aktiviti

KAWALAN & PENYELIAAN:  Penolong Kanan Kokurikulum



AKTIVITI JEJAK PPDa 2012

Arahan :
1.      Setiap unit kelab atau persatuan dalam kokurikulum
dikehendaki menyediakan 2 pasukan. Seramai 10 orang 1 pasukan.
2.      Pada setiap Stesen Jejak PPDa, masa diberi selama 7 minit untuk menyiapkan tugasan.
3.      Kumpulan yang paling cepat menyiapkan tugasan dengan betul adalah pemenang.

Pengisian :


Bil

Stesen Jejak PPDa

Aktiviti

1.

Jejak Pameran

Menyenaraikan 5 jenis dadah
Menyatakan 5 kesan penagihan dadah


2.

Jejak Akhbar

Mencari 3 berita berkaitan dadah yang terdapat dalam akhbar
Menjawab 3 soalan yang berkaitan.
            Di manakah kejadian tersebut berlaku?
             Apakah jenis dadah yang dinyatakan?
        Siapakah yang terlibat ?


3.

Jejak ICT

Mencari maklumat berkaitan dadah berdasarkan laman web yang tertera Sudut PPDa Merentas ICT
         3 jenis dadah yang dinyatakan
         Akibat penagihan dadah.


4.

Jejak Kamus

Mencari makna perkataan yang dipetik daripada pemplet AADK
( Dadah Perangsang ):
         Paranola 
          Risiko
           Mandatori
           Degupan
         Resah
           Tablet



5

Jejak Minda Perubatan

Mencari perkataan  yang tersembunyi  berkaitan perubatan.


6.

Jejak Malaysia Cemerlang

Membina Tugu Bangsa Malaysia Cemerlang
Tanpa Dadah daripada bahan yang disediakan 
iaitu :
Kotak
Gambar
Plastersin
Bendera
Kertas



Aktiviti Jejak PPDa ini telah berjaya diadakan sebagaimana yang dirancangkan. Penggabungan pelbagai kemahiran yang diperlukan dalam menjayakan aktiviti ini telah meningkatkan penggunaan PSS dalam kalangan murid.  Aktiviti ini turut memberi sumbangan ke arah menjayakan aktiviti PPDa di sekolah yang merentas kurikulum dan kokurikulum



 

Sunday 24 June 2012

Tahniah



Tahniah kepada Farah Syafikah bt Anuar yang telah muncul tempat ke - 3 dalam Pertandingan Mengarang Sempena Hari Guru Peringkat Daerah Kluang.

Nurin Azimah bt Mohd Taufik yang juga Ketua Pembantu PSS serta Pengawas PPDa kerana telah berjaya muncul naib johan dalam Pertandingan Mengarang Sempena Hari Guru Peringkat Daerah Kluang.Kemenangan ini merupakan satu lagi sejarah untuk sekolah.

Lawatan Khas Sudut PPDa di PSS

Pada 21 Mei, 2012 En. Ayub bin Ibrahim
Ketua Unit Pembangunan Kemanusiaan dan En. Rafiz dari Pejabat Pelajaran Daerah Kluang telah melawat Sudut PPDa yang terdapat di PSS. Lawatan tersebut diadakan sebagai tanda sokongan dan perkongsian maklumat sebelum pemantauan Pertandingan Sudut PPDa Peringkat Negeri diadakan pada 22 Jun, 2012. Tahniah diucapkan kepada warga SKPBK kerana sekali lagi sekolah kita berpeluang menyertai Pertandingan Sudut PPDa. Semoga kejayaan milik kita jua.

PPDa merentas kitar semula di PSS



Sepanjang bulan Mei, PSS telah mengadakan aktiviti PPDa merentas kitar semula. Selain daripada menyokong aktiviti kitar semula di sekolah, aktiviti ini diadakan sebagai sebahagian daripada usaha menggalakkan murid-murid mengaplikasikan kemahiran mengakses maklumat daripada keratan akhbar. Proses pemilihan keratan akhbar berkaitan dadah diadakan di PSS dengan bimbingan daripada Pn.Padilah bt Shahran selaku GPM. Keratan akhbar yang dikumpulkan oleh Pembantu PSS dan Pengawas PPDa dijadikan koleksi bahan bacaan yang kemudiannya diletakkan di Sudut Kapsul PPDa untuk dikongsi dengan murid yang lain.

       Pn. Padilah turut menjadikan  keratan akhbar berkaitan dadah sebagai sumber pembelajaran dan pengajaran murid-murid tahun 6 Nilam.Soalan-soalan pemahaman disediakan berdasarkan keratan akhbar telah memberi pemahaman yang lebih mendalam dalam kalangan murid akan bahaya dadah. Aktiviti ini turut memberi sumbangan terhadap aktiviti  PPDa merentas kurikulum dan menjadikan PSS lebih interktif  serta akses akan kehendak semasa. Tahniah kepada semua yang terlibat.

Aktiviti PPDa di PSS




Sepanjang bulan April, PSS telah mengadakan aktiviti Pendidikan Pencegahan Dadah di Sudut Kapsul PPDa yang terdapat di PSS. Aktiviti ini melibatkan penyediaan bahan-bahan bacaan yang berkaitan PPDa hasil kerjasama daripada Agensi Dadah Daerah Kluang. Pembantu PSS dan Pengawas PPDa telah bekerjasama dalam mengalakkan murid-murid lain berkunjung ke PSS untuk menambah pengetahuan tentang PPDa yang selaras dengan kehendak KPM...