Model implementasi ICT yang banyak diamalkan di sekolah-sekolah kajian adalah selaras dengan model kejuruteraan yang dinyatakan oleh Laudon dan Laudon (1998) iaitu automasi dan rasional. Menurut Kearsly (1990), model yang paling jelas diamalkan oleh sekolah-sekolah mematuhi perspektif pengurusan dalam perancangan teknologi, menekankan pengurusan penggunaan infrastruktur teknologi, struktur organisasi dan kemahiran guru dalam ICT. Oleh itu model bagi sekolah-sekolah yang memenuhi ciri-ciri ini dinamakan model penggunaan teknologi (Yuen, Law dan Wong, 2003). Model ini dapat diperhatikan pada peringkat awal inovasi iaitu pemimpin sekolah-sekolah jenis ini memberikan tumpuan kepada kemahiran guru menggunakan peralatan ICT.
Setiap sekolah menggunakan peralatan ICT yang diberikan oleh Kementerian Pelajaran. Peralatan ICT digunakan oleh guru dalam pengajaran dan pembelajaran Dalam kajian ini didapati pemimpin-pemimpin sekolah memastikan guru mempunyai tahap minimum ICT. Pemimpinpemimpin sekolah jenis ini menyatakan, "kebanyakan guru menggunakan bahan-bahan multimedia interaktif yang disediakan oleh Kementerian Pelajaran untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran serta menarik minat murid-murid, namun begitu terdapat juga guru yang menghasilkan bahan-bahan multimedia sendiri". Melalui pemerhatian kajian ini mendapati kebanyakan guru menggunakan bahan multimedia interaktif dalam pengajaran dan pembelajaran secara didaktik. Pemimpin juga memastikan ICT kordinator menyelaras prasarana ICT di sekolah dan juga memberikan kursus untuk perkembangan staf. Pemimpin sekolah memantau implementasi ICT melalui penjadualan tempahan makmal penggunaan makmal ICT untuk pengajaran dan pembelajaran, memastikan gum-gum menggunakan perisian untuk memudahkan pengurusan sistem maklumat murid dan peperiksaan serta dapat menyediakan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran multimedia interakatif. Pemimpin sekolah menggunakan ICT dalam memantau kehadiran guru serta memastikan guru-guru menggunakan perisian yang diselaraskan untuk pengurusan markah peperiksaan dan maklumat murid. Pemimpin-pemimpin sekolah jenis ini menggunakan ICT dalam pembentangan maklumat seperti menggunakan perisian PowerPoint. Pemimpin sekolah dan guru-guru menyatakan pengajaran sains dan matematik dalam bahasa inggeris (ETeMS) telah membantu meningkatkan penggunaan ICT. Guru-guru yang tidak terlibat dalam ETeMS berkongsi perkakasan ICT untuk penggunaan dalam pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan Internet oleh murid-murid hanya pada masa rehat dan selepas waktu belajar malam bagi sekolah bestari berasrama penuh. Murid-murid juga membantu guru dalam penyediaan tugasan projek serta penyediaan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran. Secara keseluruhannya implementasi ICT dalam pengurusan sekolah‑sekolah jenis model ini tidak menunjukkan integrasi secara keseluruhan dan tidak mewujudkan budaya ICT dalam kalangan semua staf sekolah.
No comments:
Post a Comment