Tuesday 20 September 2011

Model 3 : Model Inovasi Seni Budaya

Model ini selaras dengan model perubahan paradigma yang merupakan proses perekayasaan yang lebih radikal, melibatkan mengkonsepsi semula proses perniagaan dan ciri organisasi. Satu perbezaan yang jelas dan ketara bagi sekolah model ini dengan model integrasi dan penggunaan ialah misi dan visi yang jelas terhadap kepentingan ICT dalam meningkatkan keberkesanan sekolah. Visi yang jelas ini dapat dilihat dan segi pemantapan budaya ICT.

Seluruh warga sekolah termasuk komuniti setempat percaya bahawa ICT adalah elemen utama untuk meningkatkan persekitaran pembelajaran. Oleh itu sekolah ini berusaha untuk menyediakan kemudahan ICT yang terbaik untuk guru-guru dan murid-murid supaya mereka dapat mengakses maklumat dengan mudah bila-bila masa dan di mana-mana saja. Penekanan sangat perlu diberikan oleh pemimpin sekolah dalam mewujudkan komuniti pembelajaran melalui penggunaan teknologi rangkaian oleh semua warga sekolah. Perkongsian maklumat terkini disampaikan melalui e mail dan dikongsi bersama. Indikator penggunaan ICT di sekolah  dapat dilihat melalui penggunaan Internet untuk menghasilkan bahan pengajaran dan pembelajaran, mencari maklumat dan perkongsian maklumat melalui e mail. Indikator penggunaan Internet ini dipantau sendiri oleh pemimpin sekolah ini.



No comments:

Post a Comment