Tuesday 31 May 2011

MEMUPUK BUDAYA MEMBACA SECARA ONLINE


Perkembangan dunia cyber memberikan impak yang besar terhadap budaya membaca. Peningkatan pengguna internet di negara ini hampir 1.5 juta pada awal tahun 2001 dan pasti jumlah ini bertambah dengan pesat menjelangnya tahun 2011. Terdapat lebih 200 juta pengguna internet dan lebih 2 bilion laman web dalam dunia cyber. Ini memberi gambaran akan kepesatan maklumat yang ditawarkan oleh dunia cyber.
                Menyedari akan pentingnya kelangsungan budaya membaca dipupuk dalam masyarakat, kita seharusnya menyedari bahawa dunia cyber berupaya memberikan sumbangan yang amat berkesan. Sebagai contoh, aplikasi buku dan majalah boleh disinggahi untuk dibaca seperti yang terdapat melalui www.hotwired.com, www.webreview.com dan www.slate.com. Aplikasi lain yang boleh kita layari ialah GooReader. Pembacaan buku dan majalah melalui dunia cyber amat mudah dan selesa. Kemunculan Wuuhuu Online dengan konsep e-komik merupakan projek yang menghimpunkan para kartunis dari Malaysia dan Indonesia. Ini merupakan usaha ke arah teknologi tanpa kertas yang memberi ruang kepada pembaca untuk membaca komik secara percuma.
                Sudah tiba masanya anak-anak kita di sekolah dididik untuk menjadi pengguna internet yang bijak melalui ‘ PENDIDIKAN MEDIA’ . Sewajarnya internet berupaya memberi sumbangan ke arah pemupukan budaya membaca di Malaysia dan menafikan alasan tidak membaca kerana kekurangan bahan bacaan. Oleh itu, jom kita membaca.

Sumber : Maklumat dipetik daripada www.ilmuit.com.

Sunday 29 May 2011

PERKONGSIAN INFORMASI UNTUK GPM


Dalam usaha untuk memantapkan dan memajukan lagi sistem pendidikan (rujukan KP (BS-DSR)8787/008/2 (10) bertarikh 18 Julai 2005), Kementerian Pelajaran Malaysia sentiasa memberi penekanan yang sewajarnya dalam pelaksanaan pelbagai program berkaitan Pusat Sumber Sekolah. Sehubungan itu, melalui Waran Peruntukan B.41 Kementerian Pelajaran Malaysia, setiap sekolah telah diperuntukkan seorang Guru Perpustakaan dan Media Sekolah ( Penyelaras Pusat Sumber Sekolah) sepenuh masa. Pelantikan ini diharap dapat membantu meningkatkan keupayaan pengurusan dan kepimpinan pengurusan pusat sumber sekolah yang lebih cemerlang dan berkesan.
Pelantikan Guru Perpustakaan dan Media Sekolah (GPM) merupakan satu usaha Kementerian yang sememangnya dinanti-nantikan. Namun kebanyakan pihak pentadbir, kurang jelas tentang bidang tugas GPM dan beranggapan masa yang diberikan kepada GPM iaitu 6 hingga 8 waktu mengajar adalah terlalu sedikit. Walaupun pada dasarnya sebanyak lapan belas senarai tugas yang telah disenaraikan.

Nota :
Kepada Semua GPM
Sila Rujuk Buku Panduan Pengurusan Pusat Sumber Sekolah untuk GPM
Oleh Bahagian Teknologi Pendidikan dan Kementerian Pelajaran Malaysia.

Senarai Tugas Guru Perpustakaan dan Media



Bertanggungjawab kepada Pengetua / Guru Besar, Penolong Kanan Tadbir dan Kurikulum dalam merancang, menyelaras, melaksana dan mengambil tindakan susulan ke atas perkara-perkara berikut:

1.     Merancang dan mengajar mata pelajaran antara 6 hingga 8 waktu seminggu.
2.     Merancang dan melaksanakan Dasar dan Program Tahunan Pusat Sumber Sekolah bersama-sama Pengetua / Guru Besar, kakitangan Pusat Sumber Sekolah, guru dan murid-murid.
3.     Merancang dan mengurus belanjawan tahunan Pusat Sumber Sekolah bersama AJK Kurikulum Sekolah.
4.     Merancang pemerolehan dan pembinaan koleksi yang komprehensif, seimbang, dan kemaskini.
5.     Merancang dan melaksanakan Program Kemahiran Maklumat dan Perkhidmatan Pusat Sumber Sekolah yang dapat menyokong pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran
6.     Merancang dan mengurus program pembacaan (Program NILAM) dan pembudayaan ilmu.
7.     Merancang, melaksana, menyelaras program pembangunan staf dan program latihan dalaman berhubung dengan Pusat Sumber Sekolah.
8.     Merancang dan mengurus program promosi Pusat Sumber Sekolah.
9.     Bekerjasama dengan guru-guru dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran berasaskan sumber.
10.   Berhubung dan bekerjasama dengan Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri / PKG / Perpustakaan Awam untuk meningkatkan perkhidmatan dan Program Pusat Sumber Sekolah.
11.   Menyelia dan mengurus bahan-bahan Pusat Sumber Sekolah.
12.   Menyedia dan mengedar minit mesyuarat JK Induk / Kerja Pusat Sumber Sekolah
13.   Memantau dan mengawal selia pelaksanaan program Pusat Sumber Sekolah
14.   Melaksanakan tugas semakan stok dan inventori peralatan Pusat Sumber Sekolah
15.   Mempromosi dan menjadi ahli Persatuan Perpustakaan / Pusat Sumber Sekolah Negeri
16.   Menjalankan penyelidikan / kajian tindakan berhubung dengan perkhidmatan Pusat Sumber Sekolah.
17.   Menyediakan laporan serta analisis pelaksanaan pembangunan, pengurusan, program dan aktiviti serta kewangan Pusat Sumber Sekolah.
18.   Menghantar data dan laporan pelaksanaan Program Pusat Sumber Sekolah khasnya Laporan Pusat Sumber Sekolah dan NILAM kepada BTP melalui PKG dan BTPN pada bulan April dan Oktober setiap tahun.

BIDANG UMUM
Menjalankan tugas-tugas lain yang diarah oleh pengurusan sekolah dari semasa ke semasa.

Tuesday 24 May 2011

Abstark Pusat Sumber Sekolah


Tuntutan ke arah pembestarian pendidikan sentiasa berkembang bukan sahaja memerlukan kaedah positif untuk meningkatkan ilmu pengetahuan  dan kepakaran guru-guru tetapi turut menjadikan Pusat Sumber Sekolah sebagai  sebahagian integral  dalam melaksanakan kurikulum di sekolah. Pusat Sumber Sekolah perlu menjadi “ centre of knowledge”, “ centre of excellence ”dan  “ centre of action ”. Pada masa yang sama tentunya “ Learning society  ” bermula dari budaya membaca, budaya maklumat yang menjadikan Pusat Sumber sebagai terasnya.Kesemua ini bukan sahaja memerlukan penggarapan yang konstruktif untuk mencapai pendidikan bestari tetapi juga membawa implikasi secara langsung dalam usaha membudayakan membaca dan mengejar ilmu dalam kalangan masyarakat.Pada masa yang sama penggunaan aplikasi teknologi maklumat yang menjadikan Pusat Sumber Sekolah sebagai wadah benihannya menjadi landasan ke arah  pendemokrasian pendidikan.