Saturday 2 July 2011

Ke arah keberkesanan Pusat Sumber Sekolah.


Era pengetahuan menagih penggunaan lebih banyak maklumat dan kini maklumat yang bukan lagi penting untuk akademik sahaja, malah untuk semua bidang.  Ini perlu dipraktikkan sekiranya matlamat negara untuk maju pada Visi 2020 hendak dicapai.  Sekolah-sekolah perlu melahirkan murid-murid yang berilmu pengetahuan, dan mempunyai kemahiran serta tahu menggunakan teknologi maklumat. Berikut beberapa saranan untuk meningkatkan keberkesanan PSS.

Pelaksanaan Program Kemahiran Maklumat

Pengetahuan mengenai pelbagai jenis maklumat, teknik dan kemahiran mencari maklumat di dalam perpustakaan dan pusat maklumat serta pelbagai media elaktronik.

 

Pendokumentasian

Ia juga memerlukan pemahaman mengenai penggunaan pendokumentasian (petikan bibliografik, catatan kaki,  catatan hujung dan lain-lain.) dalam penulisan akademik dan profesional.  Aplikasi teknologi maklumat dan mengakses kepada maklumat adalah merupakan satu lagi kemahiran yang diperlukan.

PSS yang berkesan

PSS yang efektif akan dapat menghasilkan para pelajar dan guru yang bercirikan berikut:

·         Memahami konsep maklumat dan penggunaannya untuk tujuan akademik dan profesional.
·         Mengetahui pelbagai aspek fungsi, perkhidmatan dan jenis perpustakaan termasuk pusat rekod, arkib dan muzium sebagai gedung ilmu dan penyelidikan.
·         Mengetahui asas pencarian maklumat seperti System Dewey Decimal Classification, Library of Congress, Library of Congress Subject Headings, Reference dan See-Reference concept.
·         Memahami dan boleh menjalankan penyelidikan dalam perpustakaan dan menggunakan pelbagai alat bibliografik termasuk dalam bentuk  CD-ROM dan sistem online/rangkaian, selain daripada Internet.
·         Mengetahui bagaimana menjalankan penyelidikan akademik.
·         Mengetahui dan mengaplikasikan kaedah dokumentasi dan stail dokumentasi yang betul.
·         Mengetahui perbezaan antara bibliografi dan catatan kaki dan rujukan.
·         Mengetahui menggunakan teknologi maklumat, seperti internet, sistem rangkaian dengan baik untuk mendapat akses kepada maklumat.
·         Dapat mengutilisikan semua jenis maklumat bercetak, bukan bercetak, bahan khusus, bibliografi dan  bahan rujukan  dengan baik.

Sumber Rujukan : 
Faridah Abdul Manaf dan T. Subahan Mohd. Meerah. (1992).  Strategi pusat 
sumber dalam pendidikan.  Kuala Lumpur: Fajar Bakti.




1 comment:

  1. Terima kasih kerana menyatakan sumber rujukan. Barulah sesuai dengan namanya pusat sumber. Bagus.

    ReplyDelete