Tuesday 12 July 2011

Cabaran Media


Dalam proses globalisasi ini, media dunia ini bukan sahaja terhad kepada televisyen, tetapi juga rangkaian Internet. Pada tahun 2000 dianggarkan lebih daripada 327 juta penduduk dunia telah dapat menggunakan kemudahan Internet. Bagi generasi dewasa kemudahan Internet mungkin tidak merangsangkan aktiviti harian mereka. Namun begitu bagi generasi muda, kemudahan Internet adalah satu revolusi dalam konteks kehidupan mereka. Melalui rangkaian Internet mereka boleh memperluas jaringan komunikasinya bukan sahaja melalui rakan-rakan yang dianggap sebagai real others, tetapi juga rakan­-rakan dalam alam maya yang dikenali sebagai virtual others. Selaras dengan itu interaksi sehariannya bukan sahaja terhad kepada rakan yang mempunyai budaya yang homogen tetapi juga daripada budaya yang pelbagai.

Perkembangan globalisasi ini menunjukkan bahawa ianya bukan sahaja menyentuh tentang hubungan antara individu dari pelbagai pelusuk dunia, tetapi juga berkaitan dengan penyebaran budaya. Walaupun kita tetap kekal di tempat kita tinggal, tetapi melalui proses globalisasi ini simbol budaya luar akan datang kepada kita melalui perantara media. Kita akan terdedah kepada proses integrasi dan disintegrasi budaya yang mana budaya luar menyerap dan diterima dalam budaya kita di samping ia juga mendisintegrasikan budaya yang sedia ada.

Akibatnya budaya yang sedia ada dibayangi oleh budaya baru yang mengintegrasikan ciri-ciri budaya luar. Hakikat ini diakui oleh Pieterse (1995:62), di mana beliau berpendapat bahawa dalam proses globalisasi kita akan dapat melihat budaya tempatan atau introvert culture yang telah wujud begitu lama dan membayangi budaya luar atau translocal culture, akan secara beransur-ansur dibayangi ke belakang oleh budaya luar yang mengandungi pelbagai unsur secara beransur-ansur menonjol ke hadapan.

Dalam persekitaran kaya media di negara ini, kebanyakan daripada kita akan terdedah dengan pelbagai citra dan representasi budaya melalui media. Tetapi media bukanlah satu­-satunya institusi penting dalam pembentukan identiti budaya generasi muda. Cabaran utama yang dihadapi oleh media di Malaysia ialah bagaimanakah ia boleh terus berperanan membantu dalam pembentukan identiti budaya dan pembangunan negara? Anda jawab…

    Sumber rujukan :
    Samsudin A. Rahim. 2001. Medill dan Identiti Budaya: Satu ProfiI Generasi Muda.  Draf   Laporan Penyelidkan IRPA 07.02-02-0033. Universiti Kebangsaan Malaysia.

No comments:

Post a Comment