Saturday 2 July 2011

Pelaksanaan Kemahiran Maklumat di Pusat Sumber Sekolah


Lazimnya institusi pengajian tinggi, melalui perpustakaan dan pusat maklumat mereka mengadakan pelbagai program.  Program-program ini boleh dipraktikan oleh PSS.

·         Memperkenalkan kemahiran maklumat
·         Memberi kemahiran maklumat yang sepatutnya diketahui
·         Mempertingkatkan kemahiran maklumat dan penyelidikan.
·         Menyediakan program kemahiran tambahan dari semasa ke semasa untuk menyediakan fahaman dan perkhidmatan terbaharu
·         Perkhidmatan secara individu di meja maklumat untuk memberi khidmat dan ajaran terus kepada pelanggan.

Jenis program yang diadakan adalah seperti berikut:

·         Orientasi perpustakaan dan maklumat bagi pelajar baru
·         Arahan bibliografik mengenai penggunaan perpustakaan dan alat-alat bibliografik
·         Klinik maklumat
·         Program “outreach”.

Selain daripada itu pelajar dan pengguna juga diberi pendedahan secara praktikal untuk mencari sendiri jawapan daripada bahan rujukan sambil mengetahui jenis dan format-format bahan maklumat. Bagi memastikan PSS menjadi tempat yang mana punca pergerakan dan aktiviti P&P yang lebih berkesan dapat dilaksanakan, penggunaan PSS oleh guru dan pelajar perlu dipertingkatkan. Penggunaan PSS yang berkesan boleh meningkatkan penguasaan dan kemahiran pelajar dan meningkatkan keberkesanan pengajaran serta kemahiran guru. Langkah-langkah yang harus diambil adalah seperti berikut:

·         Semua sekolah patut mempunyai dasar yang menyeluruh untuk menggalakkan penggunaan PSS merentasi kurikulum dan untuk menanam semangat pembelajaran sepanjang hayat.

·         Pelajar dan guru perlu dilatih menggunakan PSS dalam P&P

·         Latihan penggunaan PSS mesti dilihat dalam konteks literasi maklumat.

·         Sekolah perlu menjalankan program kesedaran kepada semua pihak berhubung dengan konsep penggunaan PSS yang disepadukan dengan   P&P.

·         Sekolah perlu merancang penggunaan PSS dalam semua mata pelajaran dari awal tahun.

·         Semua sekolah perlu merancang program untuk menggalakkan penggunaan PSS sebagai pusat pembelajaran kendiri serta pusat rekreasi dalam usaha menanam tabiat gemar membaca dan pembelajaran sepanjang hayat.


Dengan melihat PSS sebagai suatu sistem perkhidmatan dan bukan lagi tempat koleksi bahan sumber semata-mata akan membolehkan ia berfungsi dan beroperasi dalam apa jua keadaan. Kekangan fizikal bukan lagi menjadi isu utama kerana melalui program ini seluruh kawasan sekolah dan warganya akan menjadi sebuah pusat sumber mega bagi proses P&P. Apa yang penting sekarang ialah bagaimana mengenalpasti dan mengeksploitasikan sumber secara bijak dan optimum untuk menghasilkan suatu input proses P&P yang berkesan.


No comments:

Post a Comment