Saturday 14 May 2011

SEJARAH PUSAT SUMBER SK. PEREMPUAN BANDAR, KLUANG.


Walaupun telah dibuka pada tahun 1928 tetapi Sejarah kutubkhanah SK.Perempuan Bandar hanya bermula pada tahun 1956. Sebelum itu sekolah telah ditutup kerana perang dunia ke - 2. Pada ketika itu, kutubkhanahnya hanyalah sebuah bilik darjah yang kecil yang menempatkan buku-buku bacaan untuk murid-murid yang seramai 350 orang. Pada tahun 1956 juga, murid-murid yang bukan Melayu turut diterima masuk untuk belajar. Sejak itu, kutubkhanah SKPBK terus berkembang dan akhirnya ditukar nama menjadi  perpustakaan .

Pada tahun 1980, SKPBK  yang diterajui oleh Cik Hjh.Khadijah bt Husin sebagai Guru Besar telah berpindah ke tapak yang ada sekarang hasil pertukaran lokasi sekolah dengan SK.Lelaki Bandar. Pada ketika itu, perpustakaan telah ditempatkan di aras 1 yang memiliki keluasan  seluas bilik darjah serta  mulai dilengkapi dengan buku-buku cerita. Pada tahun 1984, Bilik Media telah ditubuhkan dan seterusnya Bilik APD  pada tahun 1987.

Pada tahun 1996, sebuah bilik kecil yang seluas 1 ‘ bay ‘ telah diwujudkan untuk menempatkan 10 buah komputer. Pada tahun akhir tahun 2002, apabila bangunan baru telah siap, perpustakaan dan bilik APD telah dipindahkan ke aras 3 bangunan tersebut.

Bekas Bilik Guru Besar di bangunan lama telah diwujudkan bilik PPSMI. Pada ketika itu, Pn.Mazlin bt Hj.Idris telah menerajui SKPBK. Pada tahun yang sama makmal komputer juga telah disiapkan. Pada akhir tahun 2004, Bilik Media telah dipindahkan ke bangunan baru menggantikan Bilik APD yang dipindahkan ke Bilik Komputer yang terletak pada aras yang sama. Bilik PPSMI turut dipindahkan dan diletakkan bersebelahan Bilik APD. Ini bermakna mulai tahun 2005, PSS telah berjaya ditempatkan pada aras yang sama di bangunan baru.

Pada akhir tahun 2006, PSS terus dilengkapi pula dengan adanya Pusat Akses yang digabungkan bersama Bilik APD. Pada tahun 2005 , PSS telah berjaya menjadi naib  johan pertandingan PSS Cemerlang Daerah Kluang.

Pada tahun 2006 pula Bilik APD telah menjadi johan Pertandingan Pengurusan Bilik APD peringkat negeri Johor dan pada tahun 2007, PSS SKPBK melakar sejarahnya yang tersendiri apabila muncul menjadi juara Pertandingan PSS Cemerlang Daerah Kluang dan seterusnya mewakili daerah ke peringkat negeri Johor. Pada 25 Oktober, 2007, PSS telah dinobatkan sebagai  juara dalam Pertandingan Pusat Sumber  Sekolah Cemerlang negeri Johor untuk kategori Sek. Rendah Dalam Bandar. Pada tahun ini juga, PSS SKPBK telah dijadikan lokasi Pertandingan Jejak Maklumat yang pertama di negeri Johor. PSS SKBPK juga telah  menerima Anugerah Khas Juri atas pengupayaannya  menjana kejayaan sekolah dalam pelbagai bidang. Sejak itu, PSS terus melangkah apabila terus dinobatkan sebagai Pusat Sumber Cemerlang negeri Johor pada tahun 2008 dan 2009 dan menyertai Pertandingan Pusat Sumber Cemerlang peringkat kebangsaan.
           

1 comment: