SUKATAN DAN HURAIAN
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENGGUNAAN PUSAT SUMBER
SERTA KEMAHIRAN MAKLUMAT.
SK. PEREMPUAN BANDAR, KLUANG.
Tahun |
Aktiviti / Objektif |
1 |
- Mengenal pasti kedudukan PSS dan ruang-ruang di dalamnya.
- Mengetahui dan mematuhi peraturan-peraturan yang ada di PSS.
- Mengenal koleksi bahan buku dan bahan bukan buku.
- Mengenal sikap menyayangi dan menghargai harta benda sekolah untuk kegunaan bersama.
- Memilih dan menggunakan bahan-bahan yang sesuai semasa menggunakan PSS.
|
2. |
- Mengenal pasti lokasi bahan-bahan PSS dan kemudahan perkhidmatan PSS.
- Mengetahui peraturan penggunaan bilik PSS.
- Mengenal koleksi bahan buku dan bahan bukan buku serta peralatan PSS.
- Memelihara bahan buku, menggunakan penanda buku dan memelihara kit permainan PSS.
- Memilih dan menggunakan buku fiksyen dan bukan fiksyen di PSS serta mengetahui judul dan pengarang.
- Menguasai kemahiran mendengar.
|
3. |
- Mengenal ruang-ruang tambahan dan kemudahan perkhidmatan PSS.
- Mematuhi dan mengetahui peraturan penggunaan ruangan di PSS.
- Mengenal bahagian-bahagian buku, bahan bukan buku dan peralatan serta fungsinya.
- Memelihara koleksi buku, bahan bacaan rekreasi dan bahan bukan buku.
- Tahu mengguna muka surat judul, muka surat kandungan dan penyusunan buku fiksyen.
- Menguasai kemahiran membaca dan menggunakan kamus.
|
4. |
- Mengenal pasti lokasi, koleksi dan jenis-jenis perkhidmatan yang terdapat di PSS.
- Mengetahui peraturan dan tatacara penggunaan radio, TV dan VCR.
- Memahami lebih lanjut koleksi buku rujukan, risalah, disket, gambar dan gambarajah.
- Mengetahui cara menjaga buku, carta dan kit pembelajaran.
- Membaik pulih buku dengan menggunakan kaedah yang mudah.
- Mengetahui tentang Sistem Pengelasan Perpuluhan Dewey.
- Menguasai kemahiran asas membaca secara scanning dan skimming serta penggunaan kamus.
|
5 |
- Mengetahui dan mengenal pasti kemudahan dan perkhidmatan terkini yang diperkenalkan.
- Mengetahui peraturan dan tatacara penggunaan komputer.
- Mengenal dan memahami jenis-jenis dan koleksi bahan di PSS.
- Mengetahui cara dan pemuliharaan bahan di PSS.
- Mengetahui dan menggunakan Sistem Perpuluhan Dewey.
- Menggunakan bahan-bahan rujukan untuk membuat laporan, nota dan temu ramah.
|
6 |
- Mengenal pasti dan menggunakan kemudahan dan perkhidmatan di PSS.
- Mengetahui peraturan serta boleh menggunakan alatan audio visual di PSS.
- Mengenal dan memahami fungsi serta boleh menggunakan buku tahunan gazetir, jurnal/ buletin dan bibliografi,
- Menghargai dan memelihara bahan-bahan dan peralatan di PSS.
- Tahu dan boleh menggunakan Sistem Pengelasan Perpuluhan Dewey.
- Mengetahui cara-cara pengendalian maklumat dan menyelesaikan masalah.
|
Pn. Padilah bt Shahran
Guru Perpustakaan & Media,
SKPBK.
No comments:
Post a Comment