Perkembangan dunia cyber memberikan impak yang besar terhadap budaya membaca. Peningkatan pengguna internet di negara ini hampir 1.5 juta pada awal tahun 2001 dan pasti jumlah ini bertambah dengan pesat menjelangnya tahun 2011. Terdapat lebih 200 juta pengguna internet dan lebih 2 bilion laman web dalam dunia cyber. Ini memberi gambaran akan kepesatan maklumat yang ditawarkan oleh dunia cyber.
Menyedari akan pentingnya kelangsungan budaya membaca dipupuk dalam masyarakat, kita seharusnya menyedari bahawa dunia cyber berupaya memberikan sumbangan yang amat berkesan. Sebagai contoh, aplikasi buku dan majalah boleh disinggahi untuk dibaca seperti yang terdapat melalui www.hotwired.com, www.webreview.com dan www.slate.com. Aplikasi lain yang boleh kita layari ialah GooReader. Pembacaan buku dan majalah melalui dunia cyber amat mudah dan selesa. Kemunculan Wuuhuu Online dengan konsep e-komik merupakan projek yang menghimpunkan para kartunis dari Malaysia dan Indonesia. Ini merupakan usaha ke arah teknologi tanpa kertas yang memberi ruang kepada pembaca untuk membaca komik secara percuma.
Sudah tiba masanya anak-anak kita di sekolah dididik untuk menjadi pengguna internet yang bijak melalui ‘ PENDIDIKAN MEDIA’ . Sewajarnya internet berupaya memberi sumbangan ke arah pemupukan budaya membaca di Malaysia dan menafikan alasan tidak membaca kerana kekurangan bahan bacaan. Oleh itu, jom kita membaca.
Sumber : Maklumat dipetik daripada www.ilmuit.com.
No comments:
Post a Comment