Tuntutan ke arah pembestarian pendidikan sentiasa berkembang bukan sahaja memerlukan kaedah positif untuk meningkatkan ilmu pengetahuan dan kepakaran guru-guru tetapi turut menjadikan Pusat Sumber Sekolah sebagai sebahagian integral dalam melaksanakan kurikulum di sekolah. Pusat Sumber Sekolah perlu menjadi “ centre of knowledge”, “ centre of excellence ”dan “ centre of action ”. Pada masa yang sama tentunya “ Learning society ” bermula dari budaya membaca, budaya maklumat yang menjadikan Pusat Sumber sebagai terasnya.Kesemua ini bukan sahaja memerlukan penggarapan yang konstruktif untuk mencapai pendidikan bestari tetapi juga membawa implikasi secara langsung dalam usaha membudayakan membaca dan mengejar ilmu dalam kalangan masyarakat.Pada masa yang sama penggunaan aplikasi teknologi maklumat yang menjadikan Pusat Sumber Sekolah sebagai wadah benihannya menjadi landasan ke arah pendemokrasian pendidikan.
No comments:
Post a Comment