Saturday, 18 February 2012
Lantikan Pembantu PSS 2012
Tahniah kepada semua Pembantu PSS 2012. Semoga dapat menunaikan tugas dan tanggungjawab dengan baik...PSS Kita Tanggungjawab Kita
Tahniah
Tahniah kepada Nurin Azimah bt Mohd Taufik atas kejayaan sebagai Pemenang Anugerah Nilam Peringkat Daerah Kluang pada 8 Februari, 2012. Terima kasih kepada semua yang turut menyumbang ke arah kejayaan ini. Semoga kejayaan yang sama dapat diulangi pada masa-masa akan datang.
Thursday, 12 January 2012
Sekitar Orientasi Tahun 1 di Pusat Sumber Sekolah
Sesi orientasi Pusat Sumber Sekolah telah diadakan pada 5 Januari, 2012. Orientasi PSS ini adalah sebahagian daripada pengisian Program Transisi Murid Tahun 1. Murid-murid tahun 1 diberi peluang untuk merasai suasana pembelajaran di PSS dan diberi peluang untuk membaca buku di perpustakaan. Selain daripada itu murid-murid juga berpeluang bermain congkak di Bilik Media dan melawat Pusat Akses. Proses orientasi PSS ini telah memberi peluang kepada murid-murid tahun 1 untuk mendekatkan diri dengan persekitaran dan budaya di sekolah dan memberi peluang kepada GPM untuk mempromosikan PSS kepada murid-murid. PSS turut memberi hadiah kepada Aina Nuraiesya bt Jamhadi dari kelas 1 Nilam sebagai pengunjung terbaik semasa sesi orientasi di PSS dijalankan.
Wednesday, 14 December 2011
Melangsungkan Kecemerlangan PSS
Semoga catatan sejarah ini mampu untuk kita ulangi. Keratan akhbar yang tersiar pada 12 Disember, 2011 ini akan kita sama-sama simpan untuk menjadi motivasi agar kita sentiasa melakukan yang terbaik. Tahniah kepada semua yang terlibat.
Aktiviti Pusat Sumber Sekolah
Tahniah kepada semua murid tahun 5 Nilam yang terlibat dalam menghasilkan buku skrap ' English Is Fun ' sebagai mengakhiri dan melabuhkan tirai PSS 2011.
Sunday, 20 November 2011
Anugerah Tokoh Nilam & Pembantu PSS Cemerlang 2011
Nur Fatayah dan Nur Nazieha penerima
Anugerah Pembantu PSS Cemerlang 2011
Nur Shaira bt Shafie, Tokoh Nilam SKPBK
yang juga Tokoh Nilam Daerah Kluang 2011
Friday, 18 November 2011
PSS menganjurkan aktiviti ' English IS Fun '
Pusat Sumber Sekolah telah mengadakan aktiviti ' English Is Fun ' untuk mendukung aspirasi dasar Kementerian Pelajaran Malaysia iaitu MBMMBI. Melalui aktiviti ini murid-murid telah menggunakan surat khabar New Striats Time sebagai sumber maklumat. Setelah membaca surat khabar berkenaan, murid-murid memilih bahan-bahan yang boleh digunakan dalam pembelajaran untuk menghasilkan buku skrap. Aktiviti ini bukan sahaja memberi ruang kepada murid-murid menggunakan PSS sebagai pusat pembelajaran tetapi juga dapat memenuhi waktu selepas menghadapi Peperiksaan Akhir Tahun dengan aktiviti yang menarik. Murid-murid yang terlibat terdiri daripada murid-murid tahun 5 yang akan menduduki UPSR 2012. Guru Perpustakaan & Media yang bertindak sebagai guru pembimbing aktiviti turut menyediakan hadiah untuk murid-murid yang berjaya menghasilkan buku skrap yang kemas dan menarik. Semua murid yang terlibat turut diberikan Sijil Pengiktirafan Rakan PSS atas sumbangan mereka menghasilkan bahan pembelajaran yang seterusnya dijadikan sebagai koleksi bahan PSS untuk dikongsi dengan rakan-rakan lain.
Subscribe to:
Posts (Atom)


