Wednesday 25 April 2012

Kempen Membaca Sempena Hari Buku Sedunia.






23 April adalah Hari Buku Sedunia. Sebagai pengisiannya, PSS telah mengadakan Kempen Membaca yang diadakan sepanjang bulan April. Sepanjang bulan tersebut murid-murid digalakkan untuk membaca di PSS. Bahan bacaan rekreasi turut disediakan untuk murid-murid tahun 1 dan 2. Kempen membaca ini juga telah meningkatkan jumlah pinjaman buku dan penggunaan PSS.

Program eKamus







Sempena Hari Buku Sedunia 2012, PSS telah mengadakan Program Kamus Sumber Ilmu yang bertujuan untuk meningkatkan penggunaan kamus dalam kalangan murid-murid. Melalui program ini, murid-murid dibimbing untuk menggunakan kamus sebagai sumber rujukan untuk mencari makna perkataan, meluaskan perbendaharaan kata dan  ejaan yang betul sesuatu perkataan. Program ini bukan sahaja melibatkan penggunaan Kamus Dewan tetapi juga aplikasi eKamus yang menjadi inovasi PSS. Program ini melibatkan murid-murid tahap 2. Murid-murid tahun 3 Nilam juga digalakkan untuk terlibat. Murid-murid dibimbing menggunakan Kamus Dewan di perpustakaan dan menggunakan aplikasi eKamus di Pusat Akses. Program ini juga dapat meningkatkan penggunaan PSS dan membantu murid-murid melengkapkan buku catatan Program Nilam. Murid-murid juga berpeluang meningkatkan kemahiran ICT apabila menggunakan aplikasi eKamus. Program ini dijalankan selama 2 minggu iaitu dari 9 hingga 20 April, 2012. Tahniah dan terima kasih kepada semua yang terlibat.

Sunday 8 April 2012

Pemenang Anugerah Pembaca Program NILAM 2011



Pada 7 Mac, 2012 SKPBK telah mengadakan Mesyuarat Agung PIBG ke- 36. Pada hari berkenaan telah disampaikan hadiah untuk Pemenang Anugerah Pembaca Terbanyak Program NILAM. Ini merupakan salah satu usaha untuk mempromosikan Program NILAM dalam kalangan ibu bapa. Tahniah kepada semua penerima anugerah.

Pertandingan Mengarang Sempena Hari Buku Sedunia




Pada 5 April, 2012 PSS telah mengadakan pertandingan mengarang sempena Hari Buku Sedunia yang akan disambut pada 23 April, 2012. Semua murid tahun 6 menyertai pertandingan ini. Tajuk karangan yang perlu ditulis ialah Aku Sebuah Buku. Pemenang dipilih mengikut kelas dan hadiah akan disampaikan pada sambutan Hari Buku Sedunia peringkat sekolah.

Sehari Pembugaran PKJR





Pada 3 April, 2012 PSS telah mengadakan aktiviti Pembugaran Pendidikan Keselamatan Jalan Raya. Antara aktiviti yang diadakan ialah membina buku skrap yang bertemakan PKJR. Buku skrap yang dihasilkan dijadikan koleksi PSS sebagai bahan rujukan dan bacaan. Seramai 27 orang murid tahun 6 Nilam terlibat dalam aktiviti menghasilkan buku skrap yang diadakan di PSS. PSS telah menyediakan bahan-bahan yang diperlukan termasuk Buku Latihan  PKJR  Murid yang telah digunakan sebelum dikitar semula. Murid-murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan yang terdiri daripada 3 orang untuk 1 kumpulan. Keratan akhbar adalah antara bahan yang dikumpulkan oleh murid-murid sebagai bahan untuk membuat buku skrap. Sepanjang aktiviti pembugaran ini, murid-murid dibimbing oleh Pn. Padilah bt Shahran selaku GPM. Selain itu, aktiviti mengarang PKJR turut diadakan. Tahniah dan terima kasih kepada semua yang terlibat.

Lawatan dari SRAB, Kluang


Pada 27 Mac, 2012 Ustazah Noraini dan Ustazah Rozitah dari Sek. Rendah Agama Bersepadu Daerah Kluang telah melawat PSS SK. Perempuan Bandar untuk berkongsi maklumat tentang pengurusan PSS terutamanya aspek proses teknik bahan.