Saturday 19 October 2013

...KE ARAH PEMANTAPAN ICT

Tarikh : 18 Oktober, 2013.
Aktiviti : Pemasangan Peralatan ICT Makmal Komputer Sekolah.








Terima kasih kepada KPM. Semoga kemudahan ini dapat digunakan dengan sebaik-baiknya oleh seluruh warga sekolah.

...KE ARAH WARGA SEKOLAH YANG SIHAT

Tarikh : 22 Mac, 2013





 

LATIHAN KEBAKARAN

Tarikh : 18 Oktober, 2013




 Tahniah atas kerjasama semua guru dan kakitangan sokongan yang telah memberi sumbangan untuk menjayakan aktiviti latihan kebakaran kali ini.


Sunday 13 October 2013

KEJOHANAN SUKAN & BALAPAN 2013

TARIKH : 3 Oktober, 2013













Tahniah kepada seluruh warga SKPBK yang telah menjayakan Kejohanan Sukan & Balapan Edisi 2013. Pastinya semua ini menyumbang ke arah aspirasi 1 Murid 1 Sukan

PERTANDINGAN PIDATO PIALA DIRAJA 2013

PESERTA : DINIE IRDINA BT MASLAN
GURU      : PN. PADILAH BT SHAHRAN
MEWAKILI DAERAH KLUANG
PERTANDINGAN PERINGKAT NEGERI : 3 SEPTEMBER, 2013

MEWAKILI NEGERI JOHOR
PERTANDINGAN  PERINGKAT KEBANGSAAN : 21 - 24 SEPTEMBER, 2013












Tahniah kepada Dinie Irdina yang telah berjaya mengangkat nama sekolah, daerah Kluang  & negeri Johor di persada pidato untuk tahun 2013. Terima kasih yang tidak terhingga  kepada Pn. Normala bt Shamsudin, Guru Besar SKPBK,  Pn. Kalsom bt Baba PK Kurikulum, Pn. Nornisah bt Hussin PK HEM dan Pn. Siti Salwah bt Abdullah  PK Kokurikulum dan semua guru SKPBK. Terima kasih juga kepada Kelab Keluarga & PIBG SKPBK

Dedikasi istimewa ditujukan kepada :
En. Mohamad Izzuddin b Ikhas - Pegawai Pengiring dari PPD Kluang
Tn. Hj. Hussin bin Mustafa - Pegawai PPD Kluang - Unit Pengurusan Sekolah
Tn Hj. Shaharuddin bin Shariff - Ketua Sektor Jaminan Kualiti JPNJ


Terima kasih.

PENGISIAN SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN 2013




SK. PEREMPUAN BANDAR, KLUANG.
PENGISIAN AKTIVITI SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN
20 OGOS – 17 SEPTEMBER, 2013.



BIL.

AKTIVITI BULAN KEMERDEKAAN 20 OGOS – 17 SEPTEMBER, 2013.


PROGRAM / AKTIVITI

PENGISIAN & TINDAKAN


1.

Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan Peringkat Sekolah

Tarikh : 26 OGOS, 2013


Tindakan Ahli Jawatankuasa
Program Pelancaran Sambutan Bulan Kemerdekaan.

Lokasi Pelancaran : Dewan Terbuka
Masa : 7.15 hingga 8.15 pagi
Pengisian :
1.1 Bacaan Doa
1.2 Ucapan Guru Bertugas berkaitan Kemerdekaan
1.3 Ucapan Perasmian daripada Guru Besar
1.4 Aktiviti simbolik Pelancaran Bulan
       Kemerdekaan
1.5 Deklamasi Sajak Kemerdekaan
1.6 Dendangan Syair Kemerdekaan
1.7 Nyanyian Lagu Patriotik


2.

Sudut Kemerdekaan Merdeka

Guru dan murid-murid bekerjasama
menyediakan Sudut Kemerdekaan dalam bilik darjah masing-masing untuk menambah pengetahuan murid-murid .


3.

Aspirasi Merdeka

Ahli Kelab Rukun Negara dan Panitia Kajian Tempatan  menampal banyak maklumat berkaitan kemerdekaan dan aspirasinya terhadap rakyat Malaysia pada papan kenyataan sekolah.


4.

Kemerdekaan Itu Milik Kita

Guru Perpustakaan  & Media bersama-sama Pembantu Pusat Sumber Sekolah mengadakan
kempen membaca buku-buku yang berkaitan kemerdekaan di perpustakaan khususnya yang mempunyai maklumat tentang tokoh negara.


5.

Kad Ucapan Menyambut Hari Kemerdekaan

Guru Panitia Pendidikan Seni mengadakan aktiviti menghasilkan Kad Ucapan Hari Kemerdekaan semasa pembelajaran dan pengajaran
Pendidikan Seni dijalankan untuk
murid tahap 1 dan 2   


6.

Mengarang pantun bertemakan kemerdekaan

Guru Panitia Bahasa Melayu mengadakan aktiviti mengarang pantun bertemakan  kemerdekaan semasa pembelajaran dan pengajaran Bahasa Melayu dijalankan untuk murid tahap 2 


7.

Pertandingan Mewarna Kemerdekaan


Tindakan Ahli Jawatankuasa
Sambutan Bulan Kemerdekaan mengadakan Pertandingan Mewarna Kemerdekaan.

Lokasi : Dewan Terbuka
Tarikh : Rabu - 27 Ogos, 2013
Masa : 12.05 hingga 1.05 petang
Diadakan semasa aktiviti kokurikulum dan melibatkan murid tahap 1


8.



Pertandingan Melukis Poster Kemerdekaan


Tindakan Ahli Jawatankuasa
Sambutan Bulan Kemerdekaan mengadakan Pertandingan Mewarna Kemerdekaan.

Lokasi : Dewan Terbuka
Tarikh : Rabu - 27 Ogos, 2013
Masa : 12.05 hingga 1.05 petang
Diadakan semasa aktiviti kokurikulum dan melibatkan murid tahap 2


9.



Pertandingan Kolaj
Jalur Gemilang


Tindakan Ahli Jawatankuasa
Sambutan Bulan Kemerdekaan mengadakan Pertandingan Kolaj Jalur Gemilang

Lokasi : Dewan Terbuka
Tarikh : Rabu - 10 September, 2013
Masa : 12.05 hingga 1.05 petang
Diadakan semasa aktiviti kokurikulum dan melibatkan murid tahap 2


10.

Majlis Penutupan Bulan Kemerdekaan Peringkat Sekolah

Tarikh : 17 SEPTEMBER,
              2013


Tindakan Ahli Jawatankuasa
Program Pelancaran Sambutan Bulan Kemerdekaan.

Lokasi majlis : Dewan Terbuka
Masa : 7.15 hingga 8.15 pagi
Pengisian :

1.1 Bacaan Doa
1.2 Ucapan Guru Bertugas berkaitan Kemerdekaan
1.3 Persembahan Pidato Piala Diraja
      Tajuk : Perpaduan Teras Kemakmuran Negara.
1.4 Penyampaian hadiah pertandingan Bulan
      Kemerdekaan.
1.5 Nyanyian Lagu Patriotik


 

 LAPORAN AKTIVITI
SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN KE-56
PERINGKAT SEKOLAH
20 OGOS HINGGA 17 SEPTEMBER
2013.


PENDAHULUAN

Pada tahun 31 Ogos, 2013, Malaysia menyambut Hari Kemerdekaan dengan temanya Malaysiaku Berdaulat Tanah Tumpahnya Darahku. Kelab Rukun Negara  dengan kerjasama Panitia Mata Pelajaran Kajian Tempatan, Panitia Bahasa Melayu dan Panitia Pendidikan Seni telah  mengadakan aktiviti sambutan Bulan Kemerdekaan selaras dengan kehendak Kementerian Pelajaran Malaysia. Pelbagai aktiviti telah diadakan untuk memastikan aspirasi kemerdekaan dapat dirasai dalam kalangan murid dan seluruh warga sekolah.

         Sambutan Bulan Kemerdekaan peringkat sekolah bermula pada 26 Ogos, 2013 dan berakhir pada 17 September, 2013. Pelancaran peringkat sekolah agak lewat kerana terdapat cuti perayaan Hari Raya Aidilfitri. Sambutan Bulan Kemerdekaan ini melibatkan semua murid dan mendapat sambutan yang menggalakkan. Kerjasama daripada semua guru telah dapat memastikan apa yang dirancang dapat dijalankan dengan baik.
Diharapkan aktiviti yang dilaksanakan telah memberi manfaat dan meningkatkan pengetahuan tentang kemerdekaan dalam kalangan murid selain berupaya pemangkin untuk memupuk hubungan mesra dan kerjasama dalam kalangan tenaga pengajar SK. Perempuan Bandar.

RASIONAL
            Penganjuran aktiviti bersempena sambutan Bulan Kemerdekaan adalah sesuai dan menepati saranan Kementerian Pendidikan Malaysia.


MATLAMAT
            Matlamat utama penganjuran aktiviti bersempena sambutan Bulan  Kemerdekaan ialah untuk memberikan maklumat berkaitan kemerdekaan negara di samping mencungkil bakat seni dalam kalangan murid .

OBJEKTIF
1. Menyemai semangat cintakan negara dan patriotisme.
2. Mencungkil bakat dalam kalangan murid.
3. Meningkatkan pengetahuan dan  kepekaan murid-murid  terhadap perkembangan isu semasa yang berlaku dalam negara.
      4. Meningkatkan kesedaran kepada murid tentang pentingnya mengingati Hari Merdeka
          sebagai bukti cintakan negara dan menghargai sejarah kemerdekaan.



PENGISIAN AKTIVITI
-Rujuk lampiran


PENUTUP
Secara keseluruhannya, program Bulan Kemerdekaan ini telah berjaya dijalankan dengan sempurna. Kerjasama daripada semua pihak amat membanggakan. Semua murid merasa seronok menjalankan aktiviti yang diadakan. Objektif program juga tercapai. Majlis perasmian dan penutupan berjalan dengan lancar. Program ini telah berjaya meningkatkan pengetahuan dan kefahaman murid-murid tentang kemerdekaan negara.

Sekian, terima kasih.