Tuesday 13 November 2012

Aktiviti Selepas UPSR

Tarikh : 8 November, 2012
Info    : Majlis penyampaian hadiah aktiviti selepas UPSR telah diadakan di Dewan Warisan.
            Antara pertandingan yang diadakan sebagai pengisian aktiviti selepas UPSR ialah :
                          1. Matematik - Membina Bahan Permainan Matematik
                          2. Bahasa Inggeris - Big Rhymes
                          3. Bahasa Melayu - Retro Klasik
                          4. Kitar Semula - Menghasilkan hiasan daripada botol plastik
                          5. Pertandingan Crosstich
                          6. Mencanting Batik
                          7. Pertandingan Hoki
                          8. Pertandingan Bola Jaring.







Tahniah kepada semua yang menjayakan Aktiviti Selepas UPSR 2012 terutama kepada semua guru yang mengajar tahun 6. Tahniah kepada semua murid yang melibatkan diri dengan aktif.

Tokoh NILAM SKPBK.


Tarikh : 6 November, 2012
Info : Sempena Majlis Cemerlang SKPBK, Nurin Azimah bt Mohd Taufik telah dipilih sebagai
         Tokoh NILAM peringkat sekolah atas penglibatan yang aktif dalam menjayakan aktiviti       
         Program  NILAM  yang dianjurkan oleh PSS.

         Nurin Azimah juga merupakan penerima Tokoh NILAM Sekolah Rendah
         bagi Daerah Kluang setelah muncul johan dalam Pertandingan Anugerah NILAM peringkat Daerah
         Kluang dan seterusnya menyertai pertandingan yang sama pada peringkat Negeri Johor. Tahniah.





Anugerah Pembaca Terbanyak Program NILAM, 2012

Tarikh : 6 November, 2012
Info : Seramai 24 orang murid telah menerima hadiah dan Sijil Pembaca Terbanyak
         Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris sempena Majlis Anugerah Cemerlang SKPBK 2012.
         Penerima anugerah terdiri daripada murid tahun 1 hingga tahun 6. Semoga usaha PSS
         untuk mengalakkan murid-murid membaca akan sentiasa mendapat kerjasama semua pihak
         demi membina Budaya Membaca dalam kalangan warga sekolah.
         Tahniah dan terima kasih kepada semua.





Penerima Sijil Penghargaan Pembantu PSS 2012

Tarikh : 5 November, 2012.
Info : Penyampaian Sijil Pembantu PSS untuk sesi 2012 telah diadakan di Dewan Warisan sempena Majlis 
         Anugerah Cemerlang dan telah disampaikan oleh Pn. Normala bt Shamsudin, Guru Besar SKPBK.
         Tahniah dan terima kasih kepada semua.




Program Pementoran Awam Semarak Islam


Tarikh  : 1 November, 2012
Info      : Program Pementoran Semarak Islam SKPBK telah diadakan di Bilik Mesyuarat dan dihadiri oleh
              semua guru dan kakitangan sokongan yang beragama Islam.
Penceramah : En. Rosli bin Mahamad Dali - Kaunselor Pentadbir PPD Kluang.