Saturday 25 June 2011

Kepentingan Menguasai ICT


Chakrabarty (1979) menjelaskan bahawa literasi komputer membawa maksud mempelajari cara menggunakan sesuatu perisian mikro komputer dan peranti-perantinya yang dapat menghasilkan sesuatu melalui penggunaan komputer. Manakala Dologite(1987) pula menyatakan literasi membawa maksud yang agak mudah, iaitu tahap pengetahuan dan kebolehan seseorang itu menggunakan komputer.

Pendapat beliau ini hampir sama dengan pendapat Hunter (1987), dalam kajiannya yang menyatakan literasi komputer sebagai kemahiran seseorang individu menggunakan komputer sebagai sebuah alat yang disesuaikan kepada situasi hidup harian yang membolehkannya berfungsi dalam masyarakat yang berasaskan maklumat. Ngan (1994) menyatakan bahawa literasi komputer membawa maksud yang lebih luas bukan sahaja konsep dalam kesedaran tetapi juga pengalaman dan pengendalian komputer. Manakala kesedaran komputer pula merujuk kepada pengetahuan mengenai cara komputer digunakan dalam masyarakat, kesan kegunaannya terhadap sosial dan ekonomi serta kesannya terhadap kehidupan manusia. Kesedaran komputer berkait rapat dengan pembelajaran tentang komputer, manakala literasi komputer pula berkait rapat dengan pembelajaran dan penggunaan komputer. Besag dan Levine (1984) berpendapat, tahap asas literasi komputer adalah kebolehan membaca serta menulis dengan menggunakan bahasa sendiri dan dalam definisi yang lebih luas, bukan sahaja setakat boleh membaca tetapi juga boleh menggunakan pengetahuan yang diperoleh daripada komputer dalam kehidupan seharian.
Mc Keown (1986) menyatakan jika seseorang itu celik komputer, dia bukan hanya mempelajari tentang komputer tetapi juga tahu menggunakannya sebagai alat yang memudahkan kerja-kerja lain. Menurut beliau lagi, literasi juga bermaksud mengetahui perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan oleh komputer serta kebolehan seseorang itu mengarah komputer berbuat sesuatu yang dikehendaki.

Perubahan ICT akan memberikan cabaran besar terhadap profesion keguruan. Guru perlu bersedia meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka bagi menjadikan komputer sebagai teknologi pengajaran dan pembelajaran menggantikan pendekatan konvensional yang kurang berasaskan inovasi teknologi. Untuk menerajui pendidikan pada masa hadapan, setiap guru perlu memahirkan diri dengan ICT. Strategi meningkatkan penggunaan ICT di sekolah bergantung kepada kemampuan pengetua dan guru-guru menguruskannya. Oleh itu, setiap guru mesti menguasai kemahiran ICT. Ketrampilan dalam ICT adalah satu kriteria penting dalam sistem pendidikan abad ke - 21. Pencarian maklumat melalui internet merupakan aset yang akan dapat menjayakan pendidikan pada masa hadapan.

Sunday 19 June 2011

DASAR PENGURUSAN PUSAT SUMBER SEKOLAH (PSS)


PENGENALAN
Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) bertanggungjawab sepenuhnya dalam pembangunan Pusat Sumber Sekolah.  Pusat Sumber Sekolah merupakan pusat mengakses maklumat mengandungi pelbagai sumber bahan cetak, bukan cetak, dan digital yang diurus secara sistematik bagi meningkatkan kualiti proses pengajaran dan pembelajaran.
Pengurusan Pusat Sumber Sekolah merangkumi  elemen perolehan dan pemerosesan bahan, perkhidmatan, pengesanan dan pendokumentasian sesuai dengan kemajuan teknologi maklumat masa kini.

PERNYATAAN DASAR
Dasar Pengurusan Pusat Sumber Sekolah diwujudkan untuk memastikan Pusat Sumber Sekolah mempunyai koleksi yang menepati piawaian dan terkini, diurus dengan cekap dan berkesan, dan digunakan secara optimum bagi meningkatkan kualiti proses pengajaran dan pembelajaran.

STRATEGI PELAKSANAAN
Memastikan Pusat Sumber Sekolah mempunyai kemudahan fizikal dan infrastruktur yang  sesuai dan memenuhi fungsi dan peranannya.
  1. Memastikan Pusat Sumber Sekolah mempunyai koleksi bahan yang menepati piawai dan terkini.
  2. Memastikan Pusat Sumber Sekolah diuruskan dengan cekap dan berkesan sesuai dengan kemajuan teknologi maklumat masa kini.
  3. Memastikan Pusat Sumber Sekolah diuruskan oleh Guru Perpustakaan dan Media yang menepati syarat kelayakan dan kriteria yang ditetapkan dalam pekeliling semasa.
  4. Memastikan  Pusat Sumber Sekolah sentiasa meningkatkan usaha untuk melaksanakan aktiviti penggalakan membaca dan literasi maklumat dalam meningkatkan kualiti proses pengajaran dan pembelajaran.
Sumber :
http://bibliografi.moe.edu.my/SumberPendidikan/index.php/joomla-license/55-dasar-pengurusan-pss.html

Thursday 16 June 2011

Matematik Dalam Solat


Berapa lamakah kita solat dalam sehari semalam? Jika setiap rakaat kita anggarkan dua minit, maka dalam sehari semalam jumlahnya ada 34 minit.

Maksudnya?
Dalam sehari hanya kita menggunakan sebanyak 2.4 % dari 1440 minit (60*24). Dalam seminggu, bererti ada 238 minit atau 3.96 jam. Dalam sebulan, lama kita bersolat sebanyak 952 minit atau 15.86 jam. Dalam setahun, ada 11,424 minit atau 190.4 jam, yang sama dengan 7.93 hari.

Jika rata-rata usia hidup manusia selama 60 tahun, dan dikurangkan dengan 10 tahun masa awal akil baligh (dewasa), maka hanya 50 tahun seseorang melaksanakan solat dalam hidupnya. Itu bermakna, sepanjang hidupnya kita melaksanakan solat fardlu selama 571,200 minit atau lebih kurang 9.520 jam, atau 396.7 hari (1.1 tahun).

Bayangkan, selama hidup, kita hanya meluangkan masa untuk solat fardhu selama 1.1 tahun  atau dalam satu tahun hanya 7.93 hari atau dalam satu hari hanya 34 minit. Dari sini terlihat betapa jauhnya perbandingan ketaatan kita kepada Allah SWT dengan nikmat yang diberikan-Nya kepada kita dengan nikmat usia.

Maka sangat malang, apabila ada orang yang tidak melaksanakan solat kerana alasan tidak ada masa,tak sempat atau sibuk. Padahal, jika kita jujur terhadap diri sendiri, kita boleh lama-lama berbual – bual melalui telefon, di depan komputer, berjalan-jalan, menonton TV, melepak dan lain-lainnya.

Ingatlah, Abu Zubair menceritakan bahawa dia mendengar Jabir bin Abdullah berkata,

”Aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda, ‘Antara seseorang dengan kemusyrikan dan kekafiran itu terdapat perbuatan meninggalkan solat’.” (HR Muslim).

Oleh sebab  itu, jangan pernah merasa puas dan berbangga diri dengan ibadah yang telah kita laksanakan kerana boleh jadi ibadah kita, terutama solat, tidak akan bermakna apa-apa apabila amalan itu kita kerjakan dengan tidak ikhlas. Apalagi berharap balasan syurga. Allah menyindir orang yang demikian dengan pendusta agama. (QS Al-Maun [107]: 1-7).

Jadi, jangan hanya berangan masuk syurga dengan selembar tiket solat fardhu.

Silakan menjaring rahmat Allah dengan membuat banyak amal soleh. Berinfak,solat sunat,membaca Al-Quran, zakat, puasa, haji, berbaik-baik  dengan jiran, menyambung silaturahim,  mengurus keluarga, belajar, menderma anak yatim, tidak membuang sampah sembarangan, bahkan hanya tersenyum kepada kawan pun termasuk amal soleh. Wallahualam.

Posted @ www.isuhangat.net
Sumber : http://www.klikjer.co.cc/2011/03/matematik-dalam-solat.html

Wednesday 15 June 2011

Budaya membaca adalah tuntutan Islam


Islam meletakkan ilmu sebagai asas dalam pembangunan diri manusia dan alam seluruhnya. Tuntutan pertama dan utama terhadap manusia ialah saranan menuntut ilmu, kerana ilmu merupakan asas pemikiran dan pembuka minda. Ini telah diperkukuh dengan turunnya wahyu pertama yang diterima olah Rasul Allah S.A.W. dalam surah al-‘Alaq ayat 1-5:

Maksudnya : “(Wahai Muhammad bacalah) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk), Dia menciptakan manusia daripada sebuku darah beku, bacalah dan Tuhanmu yang Maha pemurah, yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, Dia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya”.

Intisari ayat ini merupakan asas penting untuk mengubah keadaan manusia daripada kegelapan kejahilan kepada cahaya keilmuan. Mengikut ahli mufassirin, mereka mengatakan surah al-‘Alaq ini mengandungi 3 perkara besar iaitu :

Pertama - mengenal "Allah Rabbul’alamin" yang Maha Esa dan Maha kuasa yang mencipta dan menghidupkan manusia.

Kedua - ilmu tentang "manusia dan kemanusiaan" yang telah diciptakan oleh Allah S.W.T. dalam sebaik-baik keadaan dan diberikan berbagai-bagai keistimewaan berbanding makhluk-makhluk yang lain.

Ketiga - "nikmat ilmu pengetahuan" yang telah diajarkan oleh Allah S.W.T. kepada manusia melalui pena dan tulisan.

Imam al-Qurtubi turut mengutarakan bahawa permulaan wahyu yang pertama ini adalah perintah Allah yang ditujukan kepada nabi Muhammad S.A.W. dan umat manusia seluruhnya bahawa membaca, menulis dan mencari ilmu pengetahuan adalah kewajipan yang wajib dilaksanakannya. Mencari ilmu merupakan dasar utama yang diperjuangkan oleh Islam bagi membangunkan diri insan. Islam yang dalamnya tersingkap keindahan ajarannya menggesa umatnya mencari dan mendapatkan ilmu sama ada secara formal dan tidak formal yang menuntut bahawa  membaca adalah salah satu cara  antara mencari dan mendapatkan ilmu. Membaca merupakan suatu proses untuk memperolehi ilmu dan maklumat dengan menggunakan deria dan minda sama ada melalui bahan-bahan bercetak atau media elektronik seperti komputer dan sebagainya. Deria dan minda yang dicerna dengan ilmu pengetahuan hasil pembacaan akan menjana kehidupan manusia yang sentiasa inginkan perubahan. Sedikit ilmu yang diperolehi akan merangsang minat dan naluri dalam diri untuk menambah ilmu pengetahuan yang lain seterusnya akan terbentuk satu budaya membaca dalam kalangan masyarakat.


Thursday 9 June 2011

Yang dikejar tak dapat

Peranan ICT Dalam Pengajaran dan Pembelajaran



Penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran bermaksud menggunakan ICT secara berfikrah, terancang dan bersesuaian untuk meningkatkan kecekapan proses dan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Peralatan yang digunakan dalam pengajaran di sekolah terdiri daripada komputer, overhead projector, note book, digital camera dan transperansi, slaid dan kemudahan peralatan muiltimedia lain. Peralatan ini penting sekiranya kaedah pengajaran perlu dipelbagaikan. Semua peralatan ini, boleh dikategorikan kepada penggunaan teknologi tinggi dan penggunaan teknologi rendah. Era teknologi maklumat dan komunikasi, World Wide Web (WWW) telah menjadikan internet lebih mesra pengguna yang mana ia dapat mengintegrasikan grafik, teks dan bunyi ke dalam satu halaman paparan. E-pembelajaran ini dapat digunakan secara luas iaitu pelajar dapat mengakses bahan serta mempelajarinya mengikut keperluan sendiri dari segi masa teknik juga dalam keadaan tidak formal. Ia bersifat kos efektif yang mana banyak bahan yang terdapat pada pelbagai laman mampu diakses oleh guru dan pelajar tanpa menggunakan banyak kos. Malah sumber percuma dalam internet banyak mendatangkan keuntungan kepada pengguna untuk tujuan  E-pembelajaran dan juga bidang-bidang lain (Fakhrul, 2002). Ini berbeza dengan cara tradisional yang mana kosnya lebih mahal untuk membeli buku, jurnal dan sebagainya. Ia juga menyediakan kandungan terkini iaitu bahan yang terdapat dalam internet mudah dikemaskini dan maklumatnya terkini. Ini bermakna pengguna khususnya pelajar dan guru dapat mencari maklumat yang terkini yang tidak terdapat dalam buku. Selain itu , pembelajaran juga membantu perkongsian maklumat yang mana setiap pengguna akan mendapat maklumat dari serata dunia melalui kaedah forum dalam talian, email, video konferens dan chatting atas talian. Dengan ini guru dapat berhubung dengan pelajar serta rakan sejawat yang lain dari serata dunia untuk berkongsi maklumat secara kolaboratif.

Pengetahuan dalam E-pembelajaran juga dapat disebarkan secara serentak di mana pelajar dapat mengakses maklumat dari mana-mana laman web yang dikehendaki secara serentak. Ia berbeza dengan kaedah tradisional yang mana pelajar terpaksa menunggu masa dan giliran untuk meminjam buku untuk mendapatkan maklumat. E-pembelajaran juga banyak menyediakan bahan bersifat interaktif yang mampu memberi maklumat serta mudah memberikan maklum balas. Melalui ICT pembelajaran boleh berlaku di luar batasan sekolah. Pelajar boleh berinteraksi dengan guru dan sesama mereka bagi meluaskan pengetahuan dan membina pembelajaran yang bersifat tidak terikat. ICT boleh mengembangkan konsep belajar yang bebas daripada pergantungan pada guru dan pembelajaran yang tidak terikat organisasi bilik darjah dan sekolah yang rigid dan terkongkong. Ini sudah tentu akan memberi cabaran kepada profesion keguruan, khususnya dari segi peranan dan tugas pendidikan yang selama ini bergantung pada guru.

Wednesday 8 June 2011

Pengiktifaran Program NILAM


                                                                             




SISTEM GANJARAN JAUHARI


JUMLAH BACAAN / BUKU

PENGIKTIRAFAN

90 – 179

GANGSA

180 – 269

PERAK

270 – 359

EMAS

MELEBIHI 360

NILAM



SISTEM GANJARAN RAKAN PEMBACA


JUMLAH BACAAN / BUKU

PENGIKTIRAFAN

100 – 199

GANGSA

200 – 299

PERAK

300 – 399

EMAS

MELEBIHI 400

NILAM