Wednesday, 14 December 2011
Melangsungkan Kecemerlangan PSS
Semoga catatan sejarah ini mampu untuk kita ulangi. Keratan akhbar yang tersiar pada 12 Disember, 2011 ini akan kita sama-sama simpan untuk menjadi motivasi agar kita sentiasa melakukan yang terbaik. Tahniah kepada semua yang terlibat.
Aktiviti Pusat Sumber Sekolah
Tahniah kepada semua murid tahun 5 Nilam yang terlibat dalam menghasilkan buku skrap ' English Is Fun ' sebagai mengakhiri dan melabuhkan tirai PSS 2011.
Sunday, 20 November 2011
Anugerah Tokoh Nilam & Pembantu PSS Cemerlang 2011
Nur Fatayah dan Nur Nazieha penerima
Anugerah Pembantu PSS Cemerlang 2011
Nur Shaira bt Shafie, Tokoh Nilam SKPBK
yang juga Tokoh Nilam Daerah Kluang 2011
Friday, 18 November 2011
PSS menganjurkan aktiviti ' English IS Fun '
Pusat Sumber Sekolah telah mengadakan aktiviti ' English Is Fun ' untuk mendukung aspirasi dasar Kementerian Pelajaran Malaysia iaitu MBMMBI. Melalui aktiviti ini murid-murid telah menggunakan surat khabar New Striats Time sebagai sumber maklumat. Setelah membaca surat khabar berkenaan, murid-murid memilih bahan-bahan yang boleh digunakan dalam pembelajaran untuk menghasilkan buku skrap. Aktiviti ini bukan sahaja memberi ruang kepada murid-murid menggunakan PSS sebagai pusat pembelajaran tetapi juga dapat memenuhi waktu selepas menghadapi Peperiksaan Akhir Tahun dengan aktiviti yang menarik. Murid-murid yang terlibat terdiri daripada murid-murid tahun 5 yang akan menduduki UPSR 2012. Guru Perpustakaan & Media yang bertindak sebagai guru pembimbing aktiviti turut menyediakan hadiah untuk murid-murid yang berjaya menghasilkan buku skrap yang kemas dan menarik. Semua murid yang terlibat turut diberikan Sijil Pengiktirafan Rakan PSS atas sumbangan mereka menghasilkan bahan pembelajaran yang seterusnya dijadikan sebagai koleksi bahan PSS untuk dikongsi dengan rakan-rakan lain.
Tuesday, 8 November 2011
SK. PEREMPUAN BANDAR, KLUANG
PENGIKTIRAFAN SEBAGAI RAKAN PUSAT SUMBER SEKOLAH.
OKTOBER, 2011
| Bil | Kelas | Nama |
| 1. | 3 Nilam | Dinah Zahirah bt Zulkiflie |
| 2. | 4 Nilam | Nursyafiqah bt Mohd Kamarulzahrin |
| 3. | 5 Nilam | Noraishah Afikah bt Mohd Salleh |
| 4. | Norasyikin bt Jamaluddin | |
| 5. | Norqistina Afsha Afzan bt Apandi | |
| 6. | Nur Alyaa’Syazana bt Hassan | |
| 7. | Nur Amalyn Afiqa bt Mahad | |
| 8. | Nur Faatihah bt Abdul Razak | |
| 9. | Nur Farah Syafiqah bt Anuar | |
| 10. | Nur Hazirah bt Rosli | |
| 11. | Nur Izzah bt Mohamed Haffez | |
| 12. | Nurul Syazana Liyana bt Rahmat | |
| 13. | Siti Noraishah bt Hamdan | |
| 14. | Siti Nur Annisa bt Masrom | |
| 15. | Siti Nursyerlyna Tasya bt Roslan | |
| 16. | Stephiana Anak Huddin | |
| 17. | 5 Zamrud | Siti Nur Liyana bt Rosli |
| 18. | Nur Vanida Idiana bt Ahmad Saifudin | |
| 19. | Siti Nurjannah bt Mohd Fazli | |
| 20. | Prency Arderline anak Perek | |
| 21. | Nur Aida bt Shamsudin | |
| 22. | Nur Haslinda bt Abdul Jalil |
Friday, 28 October 2011
MENGIMBAS USAHA KE ARAH TABIAT MEMBACA DI MALAYSIA
USAHA untuk menggalakkan masyarakat Malaysia supaya gemar membaca sudah dimulakan sejak tahun 1972. Usaha tersebut dinamai Gerakan Membaca yang juga merupakan salah satu projek anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Pelancaran Projek Gerakan Membaca di seluruh negara kemudiannya telah dirasmikan oleh Menteri Pelajaran, YB Datuk Musa Hitam pada 28 Januari 1980 di Balai Tun Syed Nasir, DBP, Kuala Lumpur. Tujuan Projek Gerakan Membaca diadakan adalah untuk memupuk semangat dalam kalangan rakyat di negara ini. Gerakan Membaca ini merupakan “pilot project” bagi pembangunan masyarakat yang berilmu. Aktiviti utama gerakan ini dijalankan secara berperingkat-peringkat dan dilaksanakan bagi tempoh jangka pendek dan jangka panjang.
Bagi aktiviti jangka pendek, ia lebih mengutamakan usaha-usaha mengadakan persidangan, pameran buku di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan, menganjurkan seminar, forum, diskusi, ceramah dan pertandingan seperti kuiz, menerbitkan karangan terbaik dalam dan luar negara, memberi penerangan dan tinjauan buku, menambah perkhidmatan perpustakaan dan menggalakkan rakyat membaca melalui media massa khususnya radio dan televisyen. Manakala, aktiviti projek jangka panjang pula meliputi kerja penyelidikan berhubung tabiat membaca, penerbitan, pengedaran dan pemasaran bahan bacaan serta mengkaji tindak balas dan perubahan sikap rakyat terhadap minat membaca.
Antara projek pertama yang dilaksanakan di bawah Gerakan Membaca ialah kaji selidik tentang tabiat dan minat membaca masyarakat Malaysia. Kaji selidik tersebut dilaksanakan oleh DBP pada tahun 1982 dengan kerjasama para akademik dari universiti tempatan dan juga perpustakaan awam dan negeri ketika itu. Projek ini juga mendapat sokongan serta dibiayai oleh Yayasan Toyota, Jepun. Pada tahun 1982, Majlis Kemajuan Buku Kebangsaan (MKBK) yang dipengerusikan oleh Datuk Hj. Hassan Ahmad ketika itu telah memperkenalkan konsep Pesta Buku yang pertama kali diadakan di Dewan Tunku Canselor, Universiti Malaya dengan tema “Ke Arah Masyarakat yang Membaca”.
Tumpuan utama projek Gerakan Membaca adalah di kawasan yang mempunyai peratusan keciciran yang tinggi, buta huruf dan kurang membaca seperti di kawasan desa dan kawasan pekan kecil. Sehubungan itu, Unit Gerakan Membaca telah ditubuhkan oleh DBP bagi memastikan pelaksanaan projek Gerakan Membaca berjalan dengan baik. Projek Gerakan Membaca yang diumumkan ini diharap dapat menyedarkan rakyat terhadap kepentingan membaca dan ilmu pengetahuan.
Melalui projek ini juga, kerajaan berharap akan mampu membasmi masalah buta huruf dalam kalangan rakyat di negara ini.
Pada tahun 1995, Kempen Membaca dengan slogan “Mari Membaca Bersama” telah dilaksanakan sempena sambutan Bulan Membaca Kebangsaan yang diraikan pada bulan Ogos sehingga tahun 2000. Majlis tersebut dirasmikan oleh YAB Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Hj. Abdul Razak, Menteri Pendidikan pada ketika itu. Mulai tahun 2001, program ini kemudiannya diubah ke bulan Julai bagi mengelakkan pertindihan dengan sambutan bulan kemerdekaan. Kempen ini telah dijadikan agenda tahunan dalam kalendar nasional bagi melahirkan masyarakat Malaysia yang berilmu dan bermaklumat dengan menjadikan amalan membaca sebagai budaya hidup.
Pada tahun 2006 di bawah teraju Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, kempen ini diperhebat dengan pelbagai program dan aktiviti sepanjang tahun bagi memberi impak yang lebih efektif. Pelbagai institusi telah terlibat dalam menjayakan aktiviti berkaitan pembacaan dan galakan membaca yang bukan sahaja dikendalikan oleh Perpustakaan Negara Malaysia, tetapi juga perpustakaan awam negeri, kementerian, jabatan, agensi kerajaan dan swasta serta institusi-institusi lain. Pelbagai acara diadakan untuk memupuk minat membaca dalam kalangan masyarakat, terutama pelajar sekolah.
Dewan Bahasa dan Pustaka melalui Pusat Dokumentasi Melayu (PDM) turut menganjurkan pelbagai aktiviti menerusi Majlis Astaka Minda sempena sambutan Bulan Membaca Kebangsaan. Aktiviti ini merupakan satu usaha berterusan di bawah Program Gerakan Membaca yang bertujuan memupuk minat membaca dan menanam sikap mencintai ilmu dalam kalangan masyarakat. Antara aktiviti yang digariskan di bawah program ini adalah diskusi terbuka, forum, wacana, program baca naskah dan sebagainya.
Sejajar dengan perkembangan teknologi maklumat, pangkalan data i-Baca dibina sebagai sumber maklumat kepada masyarakat Malaysia mengenai aktiviti dan program galakan membaca yang dianjurkan. Ia bagi memberi peluang kepada masyarakat umum untuk turut serta dalam aktiviti dan program berkaitan pembacaan dan galakan membaca bagi menyuburkan minat membaca dalam kalangan masyarakat. Penganjuran yang berterusan seperti ini diharap dapat memenuhi usaha kerajaan untuk menepati tuntutan matlamat ke arah mewujudkan masyarakat Malaysia yang maju dan kaya maklumat, dapat dilaksanakan dengan jayanya.
Tuesday, 18 October 2011
SK. PEREMPUAN BANDAR, 86000 KLUANG.
PROGRAM BULAN BAHASA KEBANGSAAN 2011
1. ABSTARK
Bulan Oktober telah diisytiharkan sebagai Bulan Bahasa Kebangsaan iaitu bermula pada 1 Oktober sehingga 31 Oktober. Ini merupakan agenda nasional yang bertujuan menggalakkan semua sektor baik kerajaan mahupun swasta menggunakan Bahasa Kebangsaan secara meluas selaras dengan hasrat kerajaan untuk memartabatkan Bahasa Melayu dalam kalangan rakyat Malaysia. Sehubungan itu Pusat Sumber Sekolah telah mengambil inisiatif untuk turut mengimarahkan bulan Oktober sebagai Bulan Bahasa Kebangsaan peringkat sekolah.
2. RASIONAL
2.1 Murid – murid perlu didedahkan dengan aktiviti yang boleh merangsang
mereka untuk menguasai kemahiran berbahasa Melayu dengan betul.
2.2 Mendisiplinkan diri murid-murid dengan pelbagai keadah pembelajaran
bahasa Melayu dan menggunakan pelbagai sumber dalam usaha
meningkatkan penguasaan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu.
3. MATLAMAT
3.1 Memartabatkan bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan
4. OBJEKTIF
4.1 Meningkatkan literasi bahasa Melayu dalam kalangan murid-murid.
4.2 Membina budaya berbahasa Melayu dengan betul.
4.3 Menggalakkan warga sekolah akses terhadap pelbagai bahan bacaan bahasa
Melayu yang berkualiti.
4.4 Menggalakkan penggunaan Kamus Dewan sebagai sumber rujukan yang
berautoriti untuk bahasa Melayu.
4.5 Memberi peluang kepada murid-murid untuk membina keterampilan diri
melalui pelbagai aktiviti berbahasa Melayu yang interaktif.
4.6 Memberi pengiktirafan kepada murid-murid yang menampilkan penguasaan
berbahasa Melayu dengan betul.
Subscribe to:
Posts (Atom)
