Monday, 25 June 2012

AKTIVITI JEJAK PPDa


SK. PEREMPUAN BANDAR, KLUANG.
 AKTIVITI PUSAT SUMBER SEKOLAH.

TEMA                                    :  PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH
 
AKTIVITI                              :  Jejak PPDa
 
MATLAMAT                         :  Ke arah Sekolah Bebas Dadah 2012

OBJEKTIF                             :  1. Meningkatkan kesedaran akan bahaya dadah dalam
                                                        kalangan murid.

                                                    2. Memperluas dan memperkaya aktiviti PPDa agar
                                                       merentasi kurikulum dan kokurikulum.

                                                     3. Meningkatkan kreativiti  dan semangat setiakawan.

                                                     4. Membina budaya ilmu dan kemahiran menjejak
                                                         maklumat.

                                                      5. Membina budaya hidup sihat dalam kalangan murid.


SASARAN                             :   Semua murid Tahap 1 dan 2

TARIKH & MASA                :    23  Mei , 2012
                                                      12.05 Hingga 1.05 petang
                                                       ( Waktu kegiatan kokurikulum )

BAHAN                                 :   Pusat Sumber Sekolah
                                                   Alat tulis & Kertas

 SUMBER TENAGA              :   Guru-guru penasihat kelab & persatuan dalam             
                                                       unit kokurikulum.
             
STRATEGI PELAKSANAAN  :      1.  Perbincangan dengan pihak pengurusan
2.      Pembentukan Jawatankuasa
3.      Pelaksanaan aktiviti

KAWALAN & PENYELIAAN:  Penolong Kanan Kokurikulum



AKTIVITI JEJAK PPDa 2012

Arahan :
1.      Setiap unit kelab atau persatuan dalam kokurikulum
dikehendaki menyediakan 2 pasukan. Seramai 10 orang 1 pasukan.
2.      Pada setiap Stesen Jejak PPDa, masa diberi selama 7 minit untuk menyiapkan tugasan.
3.      Kumpulan yang paling cepat menyiapkan tugasan dengan betul adalah pemenang.

Pengisian :


Bil

Stesen Jejak PPDa

Aktiviti

1.

Jejak Pameran

Menyenaraikan 5 jenis dadah
Menyatakan 5 kesan penagihan dadah


2.

Jejak Akhbar

Mencari 3 berita berkaitan dadah yang terdapat dalam akhbar
Menjawab 3 soalan yang berkaitan.
            Di manakah kejadian tersebut berlaku?
             Apakah jenis dadah yang dinyatakan?
        Siapakah yang terlibat ?


3.

Jejak ICT

Mencari maklumat berkaitan dadah berdasarkan laman web yang tertera Sudut PPDa Merentas ICT
         3 jenis dadah yang dinyatakan
         Akibat penagihan dadah.


4.

Jejak Kamus

Mencari makna perkataan yang dipetik daripada pemplet AADK
( Dadah Perangsang ):
         Paranola 
          Risiko
           Mandatori
           Degupan
         Resah
           Tablet



5

Jejak Minda Perubatan

Mencari perkataan  yang tersembunyi  berkaitan perubatan.


6.

Jejak Malaysia Cemerlang

Membina Tugu Bangsa Malaysia Cemerlang
Tanpa Dadah daripada bahan yang disediakan 
iaitu :
Kotak
Gambar
Plastersin
Bendera
Kertas



Aktiviti Jejak PPDa ini telah berjaya diadakan sebagaimana yang dirancangkan. Penggabungan pelbagai kemahiran yang diperlukan dalam menjayakan aktiviti ini telah meningkatkan penggunaan PSS dalam kalangan murid.  Aktiviti ini turut memberi sumbangan ke arah menjayakan aktiviti PPDa di sekolah yang merentas kurikulum dan kokurikulum



 

No comments:

Post a Comment