Sempena Hari Buku Sedunia 2012, PSS telah mengadakan Program Kamus Sumber Ilmu yang bertujuan untuk meningkatkan penggunaan kamus dalam kalangan murid-murid. Melalui program ini, murid-murid dibimbing untuk menggunakan kamus sebagai sumber rujukan untuk mencari makna perkataan, meluaskan perbendaharaan kata dan ejaan yang betul sesuatu perkataan. Program ini bukan sahaja melibatkan penggunaan Kamus Dewan tetapi juga aplikasi eKamus yang menjadi inovasi PSS. Program ini melibatkan murid-murid tahap 2. Murid-murid tahun 3 Nilam juga digalakkan untuk terlibat. Murid-murid dibimbing menggunakan Kamus Dewan di perpustakaan dan menggunakan aplikasi eKamus di Pusat Akses. Program ini juga dapat meningkatkan penggunaan PSS dan membantu murid-murid melengkapkan buku catatan Program Nilam. Murid-murid juga berpeluang meningkatkan kemahiran ICT apabila menggunakan aplikasi eKamus. Program ini dijalankan selama 2 minggu iaitu dari 9 hingga 20 April, 2012. Tahniah dan terima kasih kepada semua yang terlibat.
No comments:
Post a Comment