Friday 18 November 2011

PSS menganjurkan aktiviti ' English IS Fun '





Pusat Sumber Sekolah telah mengadakan aktiviti ' English Is Fun ' untuk mendukung aspirasi dasar Kementerian Pelajaran Malaysia iaitu MBMMBI. Melalui aktiviti ini murid-murid telah menggunakan surat khabar New Striats Time sebagai sumber maklumat. Setelah membaca surat khabar berkenaan, murid-murid memilih bahan-bahan yang boleh digunakan dalam pembelajaran  untuk menghasilkan buku skrap. Aktiviti ini bukan sahaja memberi ruang kepada murid-murid menggunakan PSS sebagai pusat pembelajaran tetapi juga dapat memenuhi waktu selepas menghadapi Peperiksaan Akhir Tahun dengan aktiviti yang menarik. Murid-murid yang terlibat terdiri daripada murid-murid tahun 5 yang akan menduduki UPSR 2012. Guru Perpustakaan & Media yang bertindak sebagai guru pembimbing aktiviti turut menyediakan hadiah untuk murid-murid yang berjaya menghasilkan buku skrap yang kemas dan menarik. Semua murid yang terlibat turut diberikan Sijil Pengiktirafan Rakan PSS atas sumbangan mereka menghasilkan bahan pembelajaran yang seterusnya dijadikan sebagai koleksi bahan PSS untuk dikongsi dengan rakan-rakan lain.

No comments:

Post a Comment