Thursday 12 January 2012

Sekitar Orientasi Tahun 1 di Pusat Sumber Sekolah






Sesi orientasi Pusat Sumber Sekolah telah diadakan pada 5 Januari, 2012. Orientasi PSS ini adalah sebahagian daripada pengisian Program Transisi Murid Tahun 1. Murid-murid tahun 1 diberi peluang untuk merasai suasana pembelajaran di PSS dan diberi peluang untuk membaca buku di perpustakaan. Selain daripada itu murid-murid juga berpeluang bermain congkak di Bilik Media dan melawat Pusat Akses. Proses orientasi PSS ini telah memberi peluang kepada murid-murid tahun 1 untuk mendekatkan diri dengan persekitaran dan budaya di sekolah dan memberi peluang kepada GPM untuk  mempromosikan PSS kepada murid-murid. PSS  turut memberi hadiah kepada Aina Nuraiesya bt Jamhadi dari kelas 1 Nilam sebagai pengunjung terbaik semasa sesi orientasi di PSS dijalankan.